Reka bentuk Magnavox Odyssey

Konsol Magnavox Odyssey merupakan konsol digital. Namun begitu, konsol ini menggunakan litar analog untuk keluaran paparan di television kerana pada ketika itu television hanya menerima siaran analog dan juga mempunyai alat pengawal jenis analog. Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa konsol Odyssey merupakan konsol analog, yang akhirnya mendorong Baer untuk menjelaskan bahawa konsol ini merupakan konsol digital atas alasan bahawa isyarat elektronik yang diterima dan ditukar pada semua komponen di dalam konsol ini seperti penjana bola dan pemain, penjana serentak dan diod berbentuk binari (0 dan 1). Logik dan permainan video itu sendiri dilaksanakan dalam logik transistor diod; asas TTL yang menggunakan transistor dan diod[1].

Konsol ini dikuasakan dengan menggunakan enam bateri jenis C, manakala bekalan kuasa A/C dijual secara berasingan. Konsol Odyssey tidak mempunyai keupayaan mengeluarkan atau menjana suara dari permainan video. Baer pernah mencadangkan idea untuk sambungan suara pada konsol ini tetapi idea beliau itu ditolak.

Magnavox Odyssey didatangkan dengan set tambahan seperti dadu, cip poker dan lembaran markah yang boleh digunakan semasa pengguna bermain permainan video[1]. Ianya seolah-olah sama seperti bermain pada papan permainan tradisional. Konsol ini juga didatangkan dengan set plastik yang agak lut sinar yang boleh diletakkan pada paparan television untuk mensimulasi paparan grafik.